Pendidikan Awal Kanak-Kanak Bermula Di Greeniekids
by Nurul Habil | Uncategorized | 0 Comments
Greeniekids – Pendidikan awal kanak-kanak merupakan
peringkat paling penting dalam pembangunan minda, potensi dan asas keperibadian
setiap kanak-kanak. Pada peringkat inilah minda mereka sangat aktif menyerap
pengalaman persekitaran yang akhirnya membentuk tunjang kemahiran berfikir dan
berinteraksi sebagai persediaan menempuh dunia pembelajaran dan kehidupan.
Kami memahami betapa
pentingnya pendidikan awal kanak-kanak sebagai perantara kekeluargaan dan
pengukuhan asas pembinaan insan. Atas amanah tersebut, program Greeniekids
telah diwujudkan sebagai modul pendidikan dan bimbingan kepada kanak-kanak
berusia 4 hingga 6 tahun bagi membentuk kemahiran kognitif, akademik dan sosial
yang mampan.
Pengenalan Program Greeniekids
Program Greeniekids telah
diasaskan oleh Puan Nurul Huda binti Habil atau lebih mesra dengan panggilan Puan Nurul,
dan diusahakan oleh Greeniekids Group Sdn. Bhd.
Inisiatif Puan Nurul
bermula dengan penubuhan sekolah agama swasta yang didaftarkan di bawah Jabatan
Agama Islam Selangor. Beliau kemudiannya mengembangkan lagi usaha dan komitmen
dengan mewujudkan Taska pada 2010 dan Tadika pada 2011.
Berbekalkan pengalaman
yang luas dalam mengendali 3 jenis institusi kanak-kanak berbeza peringkat usia
dan pengalaman mengajar sebagai guru ganti di sekolah kebangsaan, Puan Nurul
telah mengambil keputusan berani dengan mewujudkan progam serta prasarana
pembelajaran yang menepati tuntutan dasar pembinaan insan agar kanak-kanak
dapat membesar dengan pemantapan ilmu sewajarnya.
Greeniekids merupakan
program tadika Islam untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Ia menekankan
pendidikan berteraskan ‘3I’ iaitu ISLAM, IMAN dan IHSAN untuk kanak-kanak
Islam.
ISLAM dan IMAN menjadi
teras program kerana pasakan teras kepada jiwa anak-anak kecil yang bersih ini
menjadi asas kepada pencapaian yang seterusnya. Manakala pemantapan nilai-nilai
IHSAN pada akhlak menjadi landasan melahirkan generasi prihatin dan
berkepimpinan.
Kami sentiasa memastikan agar setiap kanak-kanak dapat mencapai kriteria “Bijak Tulis, Bijak Baca, Bijak Kira, Bijak Fikir dan Bijak Pimpin”, dengan mengutamakan 3 konsep penting sebagai asas program dan prasarana, iaitu;
1. Persekitaran yang
selesa dan selamat.
Mengutamakan tempat
belajar yang selesa, menarik dan dibimbing oleh guru-guru berpengalaman. Kami
memastikan suasana pembelajaran yang lebih sihat dengan mengamalkan konsep
“green”, berteraskan ‘paperless’ bersama bahan-bahan pembelajaran
yang selamat. Ia selaras memupuk keperihatinan alam sekitar dengan menerapkan
kesedaran ‘reduce, reuse and recycle’.
2. Pembelajaran Fun
Learning.
Menerapkan input pembelajaran
melalui konsep “Fun Learning” iaitu belajar dan bermain. Modul
Greeniekids merangkumi bahagian pembelajaran seperti subjek teras Bahasa
Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Sains, (Projek Sains dan Eksperimen),
‘Poems & Songs’, Arts & Crafts’ berserta pelbagai lawatan sambil
belajar ke tempat-tempat menarik.
3. Pembinaan insan dan
keperibadian Muslim.
Mendidik anak-anak sejak
kecil tentang bacaan Al-Quran, amali solat 5 waktu, Solat Sunat Dhuha (setiap
pagi) merangkumi amalan doa-doa harian, hafazan surah-surah lazim dan cerita
teladan kisah-kisah nabi sebagai asas pembinaan insan dan keperibadian Muslim.
Berteraskan konsep di atas, kami berjaya melaksanakan modul pembelajaran yang berkesan dalam menarik minat dan menyuntik pemahaman. Kami juga sentiasa memastikan pendekatan pembelajaran yang bertepatan dengan tahap penerimaan kanak-kanak di bawah bimbingan kami.
Kenapa Greeniekids Menjadi Pilihan
Sejak ditubuhkan,
Greeniekids bukan sahaja menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk kebaikan pendidikan
anak-anak mereka, tetapi turut menjadi pilihan kepada mereka yang berhasrat
menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak sebagai pengusaha tadika.
Antara faktor utama
program Greeniekids menjadi pilihan adalah;
1. Keberkesanan ‘High
Impact Modul’.
Program Greeniekids
terbukti memberi impak keberkesanan yang tinggi melalui pendekatan pembelajaran
yang holistik dan menyeluruh. Kami mengamalkan prinsip 3E – Explore, Experiment
& Experience dengan penerapan 3I – Islam, Iman & Ihsan sebagai
modul teras pendidikan, merangkumi penerapan ‘amalan hijau’ dalam pembelajaran.
2. Pembangunan ‘Second
Home Concept’.
Mem’formal’kan pendidikan
tidak rasmi berdasarkan konsep “Umi ke-2” oleh para pendidik yang
terdidik dan berpengalaman sebagai “HERO MAKER” kepada ANAK-ANAK
HEBAT”. Kami menyediakan suasana seperti di rumah – “DESIGN LIKE HOME
TO FEEL LIKE HOME”.
3. Special ‘Green”
Module.
Tempat yang AMAN, SELAMAT
dan TENANG. Kami menggunakan produk HIJAU bebas dari bahan KIMIA berbahaya, dan
sentiasa memastikan pengamalan HIJAU dalam aktiviti harian GREENIE KIDS.
4. Hand in Hand Parenting.
Kami bertanggungjawab
dalam memastikan kesinambungan pembelajaran anak-anak di rumah dan di GREENIE
KIDS sebagai sistem sokongan kemahiran keibubapaan.
Program Greeniekids terus
mendapat kepercayaan ramai ibu bapa dan penjaga, malah turut menjadi pilihan
para pengusaha tadika sehingga tertubuhnya beberapa cawangan yang terus
berkembang sehingga ke hari ini.
Kami juga menyediakan sistem online kepada ibu bapa dan penjaga untuk mendapatkan pelbagai maklumat, berhubung dan mendaftar di mana-mana cawangan dengan mudah. Info lanjut boleh dilayari melalui pautan: PENDAFTARAN.
SELANGOR:
Greeniekids – Bandar Baru Bangi, Seksyen 8 (HQ) No. 179A, Jalan 8/1, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 010-458 6162 / 019-990 6162
Greeniekids – Bandar Baru Bangi, Seksyen 4 Tambahan 56, Jalan 4/11D, Seksyen 4 tambahan Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 012-203 5440
Greeniekids – Bandar Seri Putra 61-1, Jalan Seri Putra 1/4, 43000 Bandar Seri Putra Kajang, Selangor. Tel: 017-439 4473
Greeniekids – PJS3 No. 12-2, Sri Manja Square 2, Jalan PJS 3/63, Petaling Jaya, Selangor. Tel: 013-202 6967
Greeniekids – Southville City C-1-13, Jalan BBLS 2, Southville City, 43800 Dengkil, Selangor. Tel: 017-439 4473
Greeniekids – Bandar Saujana Putra No. 12-1, Jalan SP5/3, Bandar Saujana Putra, Selangor. Tel: 012-360 6841
NEGERI SEMBILAN:
Greeniekids – Senawang No. 85-1F, Jalan BPS 5, Bandar Prima Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Tel: 019-201 0121
Ia sentiasa menjadi
komitmen dan tanggungjawab kami dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak
sebagai amanah pembinaan insan dan teras masyarakat sejahtera.
Kami juga membuka peluang kepada bakal pengusaha tadika di seluruh Malaysia untuk maju bersama kami dengan sistem pembelajaran yang berkualiti dan terbukti berkesan. Sebarang pertanyaan berkaitan program Greeniekids, pendaftaran atau perlesenan tadika boleh dibuat melalui ibu pejabat Greeniekids (HQ) di talian 010-458 6162 atau 019-990 6162 .